jump to navigation

Majlis Persaraan Kakitangan PIJ September 22, 2016

Posted by Pena Optikal in Umum.
add a comment

Pada 30 Ogos 2016 telah diadakan Majlis perpisahan persaraan Pn Hajah Samiah bt Abd Rahim dan Pn Hajah Rokiah bt Alimunir di Hotel Thistle JB. Segala jasa dan sumbangan mereka kepada PIJ akan sentiasa diingati dan dirindui selalu.

Majlis ini turut dihadiri oleh Pengurus Besar PIJ En.Mohd Shukri bin Mohd Masbah,Pegawai dan kakitangan PIJ, PIJH dan Insist Amilat.

Ribuan terima kasih atas sumbangan dan jasa mereka dan maafkan segala kesalahan kami sekiranya ada selama mereka berkhidmat di PIJ.

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2016 Ogos 7, 2016

Posted by Pena Optikal in Umum.
add a comment

Pada 24 Julai 2016 PIJ dan Kumpulan telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya 2016 di Persada Johor.

Majlis ini telah dihadiri oleh Y.A.B Dato’ Menteri Besar Johor, Exco, Ahli Lembaga Pengarah PIJ dan tetamu jemputan yang lain. Y.A.B Menteri Johor juga telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada pesakit-pesakit dialisis. Majlis juga telah diserikan lagi dengan marhaban dari kakitangan PIJ & Kumpulan dan kumpulan ghazal dari Yayasan Warisan Johor.

Ribuan terima kasih atas kehadiran Y.A.B Menteri Besar Johor dan tetamu jemputan yang lain dalam menyerikan majlis kami tidak lupa juga kepada kakitangan PIJ dan Kumpulan yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ini.

Majlis Perpisahan dan Persaraan Pn.Arbainah bt Jumad Mei 3, 2016

Posted by Pena Optikal in Umum.
add a comment

Pada 25 April 2016 telah diadakan Majlis perpisahan persaraan Pn Arbainah bte Jumad Pembantu Tadbir (P/O) Bahagian Penyewaan PIJ di Hotel Puteri JB. Beliau telah berkhidmat selama 20 tahun di PIJ. Segala jasa dan sumbangan beliau kepada PIJ akan sentiasa diingati dan dirindui selalu.

Majlis ini turut dihadiri oleh Pengurus Besar PIJ En.Mohd Shukri bin Mohd Masbah,Timbalan Pengurus Besar PIJ Pn.Hajah Samiah bt Abd Rahim,Pegawai dan pengkhidmat PIJ.

Ribuan terima kasih atas sumbangan dan jasa beliau dan maafkan segala kesalahan kami sekiranya ada selama beliau berkhidmat di PIJ.

Sambutan Ulangtahun Keputeraan DYMM Sultan Johor Tahun 2016 Mei 3, 2016

Posted by Pena Optikal in Umum.
add a comment

Pada 23 Mac 2016 seramai 6 orang kakitangan PIJ telah menjadi urusetia untuk gerai bagi Sambutan ulangtahun keputeraan DYMM Sultan Johor yang diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

PIJ dan Kumpulan telah menaja makanan seperti pepes ayam dan apam balik.Sambutan untuk gerai PIJ memang laris serta habis ke semuanya.

Ribuan terima kasih kepada kakitangan PIJ yang menjadi urusetia kerana bertungkus lumus dalam melayani orang ramai yang membanjiri Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Hari Keluarga PIJ & IASB Tahun 2016 April 26, 2016

Posted by Pena Optikal in Umum.
add a comment

Pada 17-19 Mac 2016, Hari keluarga PIJ & Insist Amilat telah diadakan di Eagle Ranch Resort,Port Dickson,Negeri Sembilan.

Hari Keluarga ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi ukhwan dan silaturahim antara kakitangan dan keluarga melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan.Selain itu,majlis ini juga untuk perpisahan mantan Pengurus Besar PIJ, Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamed Dewam yang akan berpindah ke SUKJ Bahagian Pengurusan.

Ribuan terima kasih dan penghargaan kepada mantan Pengurus Besar PIJ selama menjadi Pengurus Besar di PIJ tidak lupa juga AJK KKSPIJ yang menjadi urusetia kerana bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ini supaya dapat berjalan dengan lebih lancar.

Majlis Pecah Tanah Inkubator Usahawan Johor Mac 20, 2016

Posted by Pena Optikal in Umum.
add a comment

Pada 9 Januari 2016 Majlis Pecah Tanah Inkubator Usahawan Johor telah diadakan di Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang, Johor.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin Menteri Besar Johor.

Ribuan terima kasih kepada kakitangan PIJ yang menjadi urusetia kerana bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ini supaya dapat berjalan dengan lebih lancar.

Kursus Arkib Mac 20, 2016

Posted by Pena Optikal in Umum.
add a comment

Pada 9 November 2015 PIJ telah mengadakan kursus arkib di bilik mesyuarat PIJ. Kursus ini diadakan untuk kakitangan PIJ mengetahui kaedah dan cara penyimpanan serta perlupusan fail yang lebih baik.

Ribuan terima kasih kepada penceramah dari Akib Negara yang memberikan tunjuk ajar kepada kakitangan PIJ. Semoga segala ilmu yang disampaikan akan dapat digunakan sebaik mungkin oleh kakitangan PIJ.

Lawatan 5S Mac 20, 2016

Posted by Pena Optikal in Umum.
add a comment

Pada 17 November 2015 Kakitangan PIJ telah mengadakan lawatan sambil belajar ke UNIKL Kampus Bandar Seri Alam Pasir Gudang.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mengambil maklumat untuk dipratikkan dan menambahbaik dalam amalan 5S yang dijalankan di PIJ.

Ribuan terima kasih kepada kakitangan UNIKL yang memberikan layanan yang baik sepanjang kami mengadakan lawatan disitu. Semoga ukhwah yang terjalin akan kekal berpanjangan amin.

Sambutan Ulangtahun Keputeraan Sultan Johor November 26, 2014

Posted by Pena Optikal in Umum.
add a comment

Pada 23 November 2014 seramai 6 orang kakitangan PIJ telah menjadi urusetia untuk gerai bagi Sambutan ulangtahun keputeraan DYMM Sultan Johor yang diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

PIJ dan Kumpulan telah menaja makanan seperti bubur kacang,bubur pulut hitam dan apam balik.Sambutan untuk gerai PIJ memang laris serta habis ke semuanya.

Ribuan terima kasih kepada kakitangan PIJ yang menjadi urusetia kerana bertungkus lumus dalam melayani orang ramai yang membanjiri Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Audit Persijilan 5S November 26, 2014

Posted by Pena Optikal in Umum.
add a comment

Pada 18 November 2014 pihak MPC Wilayah Selatan telah datang untuk pengauditan  5S PIJ yang dijalankan oleh Juruaudit En.Mazuan bin Salih.

Ribuan terima kasih kepada kakitangan PIJ yang memberi kerjasama sepanjang proses auditan tersebut.